Diriwayatkan
bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat,
kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila
Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata
orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan
tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah
S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk
melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar
r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam."
Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun
berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk
manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat
tersebut.
Apabila mayat
itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi
hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai
orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia
dulu?"
Berkata orang
muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu
Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh
ular itu.
Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para
sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat
ini?"
Berkata ular,
"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak
mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat
hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.
Maka inilah
balasannya.
0 komentar:
Post a Comment